Monday, September 27, 2010

Percutian 5Hari 4Malam di HPP - Part 4

hari keempat menjelang tiba.si dokter dari semalam dah menjanjikan sesuatu yang ku dambakan selama ini, keluar dari hospital a.k.a discharge. so kiranya ak sronok betul harini ^_^

then dalam pukul 9 macam tu ak perasan sumthing different tentang wad ak...tak ramai dokter dan batang hidung geng2 doc yg slalu dtg melawat ak sorang pun tak nampak.hmmmm,why???

then ada satu dokter yg baru pertama kali ak liat datang dan cek fail ak.tapi time tu dia just tanya soalan normal ttg ak.tp ak rasa tak selesa dan ak nk ktemu lagi geng2 doc tu esp doc pendiam.

yg lebih pelik ny haritu, smua doc pakai baju biasa ja,mcm baju santai diorang nak p jalan2 dengan family.kenapa ye???

then mak ak inform kat ak ....

"ma, knapa doc smua santai ja bajunya"

"harini kan Hari Malaysia,jd doc cuti la kot.doc syif lain ni yg dtg"

ohhhh betul jugak.tak sangka doc pun boleh cuti time cuti awam.so ak pasrah tak dapat jumpa dokter cute tu.

then tak lama lepas tu ak nampak kelibat 2 orang mamat ni yg berpakain seperti seorang dokter.ak boleh gerenti yg lelaki botak ni kalu dia tak pakai baju doc ak sendiri pun tak yakin dia seorang student perubatan.



then ak prasan dia dan kwn dia mcm nak cari mangsa untuk dibuat uji kaji. malangnya dorm ak terpilih untuk jadi mangsa pertama. dan bila diorang survey fail2 makcik,amma & nyonya sbelah ak diorang just 'hmmph' saja.takdak buat tindakan lain. 

tapi bila diorang tengok ak punya fail trus diorang dengan penuh interest decide utk 'menguji kaji' lab mice yg satu ni.kesian ak slalu jd lab mice.




then diorang pn tny la first2 prob ak apa then si botak yg mcm Castello ni pn ckp la member dia pn ada probs yg sama dan even worst dari kondisi ak.then diorang tny la apa yg doc bedah dah buat kat ak n etc dan ak jelaskn smuanya.diorang jg tny napa boh tiub then ak jawab sebaik mungkin.


then diorang pun nak la tengok tiub tu so ak dengan tak malunya pun tunjuk la.eh tau2 dtg lagi satu geng diorang.tapi this time geng tu muka dia lawa,encem,manis.boleh la,kira lumayan la jugak utk muka yg sepenuhnya melayu.


then lps dah puas cek lab mice ni diorang pun intro la siapa diorang....intinya dari intro itu adalah diorang bertiga ni student yg major kat bahagian kaki.so diorang nak mintak izin tengok kaki berbulu ak tu.






ihh mula2 ak macam agak segan dan malu nak tunjuk but who cares, mana tau diorang bleh skali detect in case kaki ak ada probs.so ak biar diorang jadikn ak lab mice lagi.


si Castello tengok kaki ak dan berkomen2an dgn kwn dia yg mcm ustad farid ridzwan ni dan si encem.cuma tengok kaki ak ja diorang dah boleh buat analisis mcm tu skali,wah kira dahsyat la si Castello ni.


lepas diorang dah analisa kaki ak, ak pun decide utk test knowledge diorang tp tak la hebat mana pun ak test.ak sajaja nak buang masa coz dah boring tatau nk buat apa.so so so,ak tny la psl kaki mmber ak ni yg berbunyi coz of futsal.


ak tny apa probs dia and solution utk prob tu.then si ustad farid ni gtau yg benda tu normal utk org yang slalu main futsal dan dia cuma kena letak lebih pad kaki kat tapak kasut.hmmm,tak sangka plak smpai tulang kaki dah berbunyi pun diorang still anggap normal.watever lahh.


then diorang pun tak lama lepas tu decide utk angkat kaki dari tmpt ak.awwww,jangan tinggal daku.aku kebosanan di sini!!!


"ok lahh,kami nak gerak dulu.thanx ya sudi diperiksa kami"


"ya sure,no problem.sy pn tgh bosan kat sini.at least boleh tau ttg hal lain jg dengan korang"


then diorang bertiga iaitu si Castello, si ustad farid & si encem pun pergi meninggalkn ak dan mencari mangsa baru.


then lepas tu ak hanya dok tunggu masa nak balik ja coz ada doc ni dah janji dengan ak yang ak boleh balik harini jugak lepas tiub dlm bdn ak diorang bukak.


.... tik tok tik tok tik tok ......




jam berdetik seperti biasa dan ak terus-terusan melihat jam di dinding. mana ni dokter lim??? dia janji nak datang bukak tiub dlm badan ak then ak bleh balik. 


sempat jugak ak ketiduran karna menunggu dokter yg tak kunjung tiba itu. jam menunjukkan jam 6 petang. si misi pun datang kat katil ak utk cek fail ak dan ak pun trus bertanya ...


"misi,sy discharge harini ke?mcm tak sempat ja"

"erm,(sambil membelek2 fail mencari keterangan dokter) rasanya adik tak boleh balik lagi kot. dokter takdak tulis apapun kat sini"



dengan muka hampa ak pun tidur la balik.dah malas nak tunggu dokter lim kesayangan ak nihh.


then malam tu dlm pukul 8pm ak ternampak dokter lim menuju ke katil ak.ak agak excited masa nampak dia.wahhh,takkan dia nak discharge ak malam2 pulak kn.mcm tak logik.tapi ak still excited ^_^


then dia dtg, senyum kat ak dan tny ...


"so mcm mana rasa skrg??"


"ok lahh,cuma kalau nk nafas rasa terganggu,nak bangun rasa susah sebab tiub"


"ok ok"


then dr.lim pun cek la pernafasan ak,dia pkai stetoskop dan cek. then tak lama tu dia pergi lepas cek botol dr tiub ak tu. then misi pun tak lama lepas tu tolak troli yg berisi gunting2 dan barang2 ubat.


ak ingat dia nk bukak tiub makcik kat sebelah ak ni coz dia ada ckp dengan makcik tu psl tiub.ehhh,rupa2nya si dokter nak bukak tiub aku!!!


wwahhhh,takut stengah mati dah aku time tu! mcm nak kata taknak pun ada. then dia suruh ak baring dan tirai tmpt ak pun di tutup.memang dah sah dia nak bukak tiub tu mlm ni jugak.

waktu menunjukkan jam 8.15 (seperti yg tertulis di fail perubatan ak) dan proses mengeluarkn tiub pun bermula. dia suruh ak siap sedia ikut kata dia ....



"nanti bila i kata tarik nafas dan tahan nafas u ikut. bila i cakap lepas baru u lepas k"


jantung ak berdegup sangat kencang membuatkan ak terasa ingin menangis kerana ketakutan.then dia pun suruh la ak tarik nafas.time tu tak rasa sangat sakit tu tapi dapat rasa sumthing bergerak.


then bila dia cakap lepas nafas time tu la ak bleh terasa kesakitan yang buat ak sampai menggigit baju yang ak pakai.yg paling sakit adalah time terakhir dia tarik tiub tu keluar dan jahit terakhir kali.time tu ak mmg kesakitan sangat smpai menitis air mata ak.pergh!


then setel dah hal tiub tu.dan akhirnya ak boleh berrnafas tanpa rasa janggal dalam peparu ak.tak lama lepas tu si dokter suruh ak p buat x-ray.monyong btul.malam2 tu jugak dia nak suruh ak p buat x-ray.


pastu ada satu doc india yg ak tak pernah tengok ni dtg kat katil ak dan tengok fail ak.pastu dia ckp ...


"kalau sampai 10 kali u kena x-ray habis la,you cannot get pregnant already"


cilaka,betul ka????terkezut ak pas dengar si doc ckp mcm tu.cuak jugak ak jadinya utk x-ray.tapi nak kena buat jugak x-ray,menyampah.


dlm jam 9 lebih ak p buat x-ray kat G floor. terasa mcm org yg sangat useless kala ak duduk di kerusi tu.malam tu sunyi dan sejuk.si misi terlupa nak bawak rekod ak time turun.so dia kena naik atas balik.


tinggallah ak sendiri dan satu staf kat tmpt x-ray.ale ale dia suruh member dia tolak ak msuk dlm buat x-ray dlu.lps buat x-ray ak jalan dan tolak kerusi roda ak.hahaha.si misi tak datang lagi dan ak tak reti nak duduk smbil gerakkan kerusi tu so ak bangun dan tolak sndiri.mcm tak logik.hahaha.
 
 
dan lepas tu tunggu report dan naik balik.si misi time tu berlari-lari anak sambil bawak form ak.hahaha.

lepas dr.lim tengok dia satisfied dan cakap "ok". dan ak rasa ak dah boleh balik la tu besok nya.


"dari x-ray you nampak dah ok.berapa biji bola u dah boleh tiup?"


si dokter sebelum tu ada bagi alat permainan yang berfungsi menginjap peparu ak supaya tak mengecut dan lebih mengembang.benda ni lebih dikenali sebagai Incentive Spirometer.



"sy baru boleh bagi naik 2 saja.tu pun dah sehabis baik sy try"


"tiga biji bola naik baru sy bagi balik"


"hah??3 biji skali??mana boleh,diskaun la dokter"


"manada diskaun2.smua diskaun dah habis,diskaun raya pun dah tamat"


e'eleh,sempat jugak dia berseloroh dgn ak.time tu ak tak amik kisah sangat pun ugutan dia tapi dia dok remind ak walau dia dah jalan jauh ...


"ingat! 3 biji baru boleh balik!"


urghhhh,dah la dia dtg lmbt,dia suruh ak bagi naik 3 bola skali gus.susah tu utk org yg nafas tengah semput2 mcm ak ni.ak try skali lagi tapi 2 ja yg naik.ak bosan dan decide utk tidur.....


~to be continue~

No comments: