Apa yang cuba hendak saya sampaikan di sini sebenarnya? Bagi pendapat saya ia bukanlah omong kosong tetapi kenyataan yang pahit untuk di terima kita sebagai 'Pengguna'.
Istilah 'pengguna' saya kategorikan sebagai individu masyarakat yang menggunakan sesuatu produk sama ada produk penjagaan diri seharian, produk makanan, barangan elektronik ataupun dari segi hiburan yang disajikan kepada kita. Saya masih ingat lagi akan sebuah hypermarket yang pernah menjadi bualan hebat seluruh masyarakat Malaysia apabila barang yang dijual murah tetapi dijual dengan kuantiti yang banyak (borong).
Pada waktu itu saya ingat lagi betapa susahnya hendak memasuki ke dalam hypermarket tersebut yang meletakkan pelbagai syarat. Saya sendiri tidak pernah memasuki hypermarket tersebut kerana mendengar terlalu banyak komentar dari pengguna bahawa hanya pengguna yang mempunyai kad hypermarket itu sahaja yang dapat membeli belah di situ dan hanya orang dewasa sahaja yang dibenarkan masuk ke situ. Sejauh mana kebenaran itu saya sendiri kurang pasti kerana pada waktu itu saya masih tidak terlalu mempunyai keinginan untuk ke tempat sebegitu kerana masih di bangku sekolah rendah. Terlalu banyak syarat yang diletakkan dan tempat tersebut menjadi seolah-olahnya sangat eksklusif.
Akan tetapi setelah beberapa tahun (kalau saya tidak salah) muncul hypermarket yang terbaru yang tidak mengenakan syarat-syarat yang berat. Salah satu syarat utama hypermarket tersebut adalah pekerjanya tidak boleh membeli barangan yang telah di reject dengan kata lain yang hampir dengan tarikh tamat tempoh atau yang hampir rosak. Selain itu tiada syarat-syarat yang dikenakan. Bagi pengguna yang membeli barang di hypermarket tersebut mereka boleh mendaftar untuk menjadi ahli kelab sekiranya mereka mahu. Dengan menjadi ahli kelab (yang tidak mengenakan sebarang bayaran) mereka boleh mengumpul mata dan sekaligus menebus mata ganjaran dengan kupon RM yang akan dihantar oleh pihak hypermarket. Kupon RM yang tertera jumlah akumulasi mata ganjaran kemudian boleh diguna pakai untuk kegunaan di hypermarket tersebut. Selain itu potongan-potongan harga bagi sesetengah barangan juga disediakan. Diskaun dan potongan harga dan harga barangan yang lebih murah dibanding tempat lain juga membuatkan pengguna sangat senang untuk berkunjung ke hypermarket tersebut untuk berbelanja. Dengan kondisi yang sangat nyaman dan lagu yang sayup-sayup kedengaran agar suasana tidak terlalu bosan membuatkan pengunjung sentiasa tidak bosan untuk berbelanja di situ walaupun kadangkala tujuan sesetengan pengunjung hanya untuk melihat-lihat barangan dan membandingkan harga sahaja.
Tapi apa yang menghairankan saya kenapa tiada khidmat sebegini rupa yang sanggup bersaing dari segi harga dan kualiti disediakan bagi khidmat siaran televisyen? Apa yang saya tahu hanya satu sahaja stesen tv berbayar yang tersedia ada di Malaysia ini. Saya berterima kasih kepada stesen tv berbayar ini kerana memberi saya peluang untuk menonton siaran-siaran yang tidak dapat disiarkan oleh stesen tv kerajaan mahupun tv swasta tidak berbayar yang lain. Terima kasih walaupun kami terpaksa membayar untuk menonton rancangan-rancangan tersebut. Tetapi apa yang membuatkan saya tidak puas hati adalah KENAPA setiap kali hujan siaran yang ditonton di stesen tv berbayar ini pasti tidak dapat ditonton dengan kata lain HILANG, LESAP. Adakah ini suatu masalah yang tidak dapat dielakkan sama sekali? Apakah anda tidak berniat untuk mencari penyelesaian bagi masalah itu? Apakah anda tidak mahu mengambil pakar di bahagian penyiaran untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna anda yang telah MEMBAYAR bagi perkhidmatan anda? Selain itu BAYARAN juga dinaikkan sewenang-wenangnya. KENAPA? Bukankah bayaran tersebut sepatutnya dibayar oleh pihak syarikat anda dan bukan kami pengguna? KENAPA? Kenapa tiada penjelasan yang jelas diberikan? KENAPA? Adakah kerana anda tahu "kami tidak bisa hidup tanpa anda" ?
Saya rasa bukan saya sahaja yang pernah bersuara tentang hal ini tetapi menteri-menteri pernah bersuara tapi apa jawapannya?? Saya sebagai pengguna masih tidak tahu jawapannya. Minta maaf sekiranya saya tidak membaca artikel yang anda keluarkan bagi menjawab persoalan-persoalan tersebut tetapi apa hak kami sebagai PENGGUNA SETIA anda? Takkan lah rasa terima kasih anda kepada kami hanya ditonjolkan dengan memberi siaran percuma bagi berapa ratus rangkaian selama beberapa hari sahaja? Patutnya tunjukkan langkah terima kasih anda dengan mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan penonton dapat menonton siaran anda tanpa gangguan walaupun hujan.
Saya rasa ini sesuatu perkara yang sangat melucukan kerana kami PENGGUNA membayar untuk suatu perkhidmatan yang hanya boleh ditonton sewaktu cuaca cerah dan baik sahaja. Sekiranya hujan itu bermaksud kami tidak perlu menonton siaran televisyen dan hanya patut tidur sahaja. Bukankah tujuan televisyen dan siaran-siaran tersebut adalah untuk menghiburkan pengguna dan memberi info yang berguna?
Lebih melucukan adalah TIADA SATU pun stesen tv swasta berbayar yang mampu muncul bagi bersaing dengan mereka seperti apa yang saya ceritakan tentang hypermarket sebelum ini. Saya tidak mengerti mengapa kami PENGGUNA dilayan sedemikian? Sebab itu tajuk untuk catatan kali ini adalah "Pengguna Tak Berguna?" kerana saya bertanya adakah kami pengguna ini langsung tiada gunanya dan dengan membuat aduan tiada satu pun tindakan yang diambil untuk membaik pulih perkhidmatan?
Saya harap akan ada suatu pihak yang membuat sesuatu tentang hal ini. Saya telah merasakan beberapa kali situasi yang saya ceritakan ini dan itu merupakan suatu pengalaman yang tidak menyenangkan saya sebagai PENGGUNA yang membayar bagi suatu perkhidmatan yang saya harapkan baik tetapi tidak seberap baik yang diharapkan.
Terima kasih.