Sunday, April 17, 2011

Habis santan sepah di asingkan

kadangkala aku cuma dapat menahan sahaja perasaan aku ni.tiap kali aku sakit hati aku akan pendamkan perasaan tu sejauh-jauh dan sedalam-dalamnya agar aku dapat melupakan segala kesakitan tersebut.

tapi bila kesakitan yang dipendam sudah tidak dapat disembunyikan lagi aku jadi sangat marah, sangat geram dan sangat tidak berpuas hati. macam mana dia boleh buat macam tu dengan kami??? apa salah kami??? 'mereka' adalah sosok yang paling dan amat menyayangi dia tetapi hasil kasih-sayang yang dicurahkan selama bertahun-tahun tanpa rasa kurang sedikit pun telah dibalas dengan sebegitu rupa. apa salah 'mereka'?
aku tak kisah kalu aku dilakukan sebegitu rupa walaupun sebenarnya agak terasa tapi aku paling sedih apabila 'mereka' dilayan seperti orang asing yang baru beberapa bulan dikenali. sampai hati. 

tau la kan yang dia dah ada suri-di-hati tapi haihh, dahsyat betul penangan si suri ni. kasih sayang untuk 'mereka' seperti sudah tiada lagi. patut la 'mereka' sangat suka menghayati lagu Tiada Lagi. memang kena pada situasi pun.
tapi at least lepas aku dah tulis confession perasaan aku ni aku dah rasa lega sikit walaupun ada rasa sakit hati tiap kali aku teringat apa yang jadi. tengok ja macam harini...sepatutnya dia ajak la kami satu family keluar celebrate bday dia ka apa ka ni tak....tak tau la malam nanti ada ke tak kan tapi nampak gaya macam tak ada je. 

dia celebrate dengan suri-di-hati dia ja...kitorang dia tolak tepi. iyela, kami ni kan 'ORANG LUAR' aka outsider. kami dah kena OUTCAST! haha ironik, kelakarnya.

aku cuma dapat doa ja yang dia tak lupa kami terus. jangan sampai nanti 'mereka' dah tak ada baru dia teringat-ingat. tapi apa yang aku takut adalah kalu 'mereka' dah tak ada aku terus dia lupakan. huhu, so sad. kalu dia buat aku macam tu aku nak pindah jauh-jauh. kalu dapat pergi Korea Selatan pun bagus jugak, boleh jumpa Seunggi dengan Onew ^_^

sekian lahh al-kisah sedih di hari Isnin ni. aku nak tunggu dan lihat ja apa skenario lepas ni. adakah sama ja atau lain sikit.


tehee!