Monday, June 14, 2010

mimpi yang sempurna

masih aku tak dapat lupa tentang mimpi ku pada malam sebelum ku berangkat ke medan...mimpi tu sangat indah sekali dan merinding bulu roma ku tiap kali teringat mimpi itu...ini bukan merinding yang serem tau tp merinding yang tentang cinta.hahha.

waktu itu aku mimpikn afgan,sangat tipikal kali kan,mentang2 aku suka dkt dia smuanya tentang diriku hanya mengenai dia pulak.tapi ini cerita betul dan bukan rekaan semata-mata.

maka bermulalah cerita ttg mimpi yang sempurna....

setelah memasuki dreamland,aku merasakan diriku berada di dalam sebuah kawasan yang sangat gelap.maka aku pn mula berjalan mencari cahaya yang bisa menerangi jalan.berjalan dan berjalan dan kemudia aku pn masuk dalam satu taman yang indah.

tamannya indah dihiasi dengan hiasan lampu-lampu kecil seperti yang diguna pakai orang malaysia kalau nak hari raya atau lebih dikenali sebagai lampu lip lap sebab dia asyik lip lap je,hehe.

aku berjalan sambil menikmati hiasan taman itu yang dibaluti kain sutera putih yang seperti boleh dilihat di dalam perkahwinan hotel.sangat cantik.kemudian,terdengar satu suara yang sangat aku kenal dan sangat sangat aku tahu.

mencari2 la aku akan suara itu dan kemudian terlihat sekujur tubuh yang bisa bikin badan ku bergetar dan bikin aku keringat....itu AFGAN !!!

aku pun mula berjalan mendekati stage tempat afgan sedang berdiri yang pada waktu itu di hadapannya terdapat beberapa orang penonton yang sedang mendengar dendangan lagu darinya.

sewaktu sedang asyik dibuai lagu yang mengusik kalbu dan melihat wajah yang bisa mengalihkan duniaku tetiba sahaja afgan bertanya sama ada sesiapa yang ingin menyanyi di atas stage bersamanya. dan entahh mengapa tetiba juga aku dikelilingi teman2 baik ku AGP(anak gaul/gembel penang).

elok ja aku nak naik atas stage tau2 ada satu member aku ni excited gila pula nak naik stage dan nak nyanyi dengan afgan.bengang aku dibuatnya!tapi yang lawaknya is that time sebelum dia nk nyanyi duet dgn afgan tetiba ja dia pi belahak kat muka afgan!mau tak terkejut afgan dibuatnya dan yang lebih lawak lagi is that time tu dia baru ja habis makan durian so,berbaung la!hahahahaha...kecian afgan.dia terkejut sampai tak boleh nyanyi.aku hanya boleh ketawa melihat muka terkejut beruk dia.kawan aku yang naik stage tu ntah napa mcm takdak prasaan apa2 bila buat mcm tu kat afgan dan dia pun sambung nyanyi.

kemudian,lepas dia nyanyi dia pun nak blah la dari stage tu.tp time dia nak turun ramai plak orang mengelilingi dia dan tak boleh la dia nak turun.dan entah mengapa aku tiba2 terpanggil untuk jadi bodyguard tak berbayar dia dan aku pun pegang tangan dia dan pimpin dia turun tangga dan gagahkan diri untuk tolak smua afganisme ke tepi.hahahaha.

lepas tu aku pun bawak afgan melarikan dirii dari semua fans beratnya itu.aku sorok dia kat blakang toilet,nasib toilet tu tak bau busuk :P then time aku nak ushar line untuk membolehkan afgan melarikan diri ke tempat yang lebih selamat aku disapa "hey ka lia" oleh seseorang .

aku lihat dan ternyata its ichii!dia uda beda kali dan sudah mula bergaya seperti seorang artis dia yang sememangnya lawak buat dirinya.jatuh airmataku waktu aku bercakap dengan dia,kangen skali sama dia!kemudian dia bilang bahawa dia tahu aku sedang menyembunyikan afgan di dalam toilet lalu dia menyuruh aku melewati satu jalan dan bersembunyi di dalam sebuah kanopi yang ditutup dengan kain sutera.

dalam mimpi itu aku sedar bahawa sedang ada majlis perkahwinan sedang dijalankan dan kanopi tempat aku ingin membawa afgan merupakan tempat rehat untuk pengantin.aku pun pimpin lagi tangan afgan dan berlari lah kami ke kanopi tersebut.

setelah masuk ke dalam kanopi tersebut aku beritahu dia yang kita bisa selamat sebentar di sini,ngumpet dari afganisme.

dan suasana di dalam kanopi tersebut tersangatlah romantik sehingga ketika aku melihat afgan aku jatuh cinta buat berkali-kalinya.swaktu aku ingin beredar dari situ dia meminta aku untuk tunggu sebentar dan dia ajak aku bersembang dengan dia!!!mau tak pengsan kalu betul2 jadi!hahahaha,nasib smua ni mimpi ja ....

aku pun mesti la mau saja diajak sembang dengan afgan. tengah elok2 kami sembang tiba2 ada pulak bunyi yang mengganggu yang sangat bingit. kami hanya memandang satu sama lain dan terpinga-pinga akan bunyi tersebut.

HADOI,RUPA-RUPANYA BUNYI ALARM CLOCK AKU!!!!!

GERAM GERAM GERAM!

aku pun pasrah je la dengan ending mimpi yang sempurna tu.......

the end.








oh ya.....ada lagi.....

kalu ada orang yang baca blog ini dan kenal afgan, tolong la kasi tau dia yang dia mempunyai seorang afganisme yang sedang jatuh hati dengannya dan berharap bisa bertemu dengan dia. <3

daaaaa...

No comments: